[TERKINI] CARA MENDAFTAR PENJANA KERJAYA DI PORTAL MYFUTUREJOBS UNTUK MAJIKAN & PEKERJA - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Wednesday, June 17, 2020

[TERKINI] CARA MENDAFTAR PENJANA KERJAYA DI PORTAL MYFUTUREJOBS UNTUK MAJIKAN & PEKERJA




Berita baik buat majikan dan pekerja! Seiring dengan kemelesetan ekonomi akibat wabak covid-19 yang melanda, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan tentang Pelan Jana Semula Ekonomi Negara iaitu PENJANA pada tarikh 15 Jun 2020 lepas. Bagi graduan yang sedang menganggur dan pekerja yang telah dibuang kerja digalakan untuk mendaftar di portal MyFutureJobs PERKESO. Tak tahu bagaimana nak mendaftar? Jangan risau! Berikut merupakan cara mendaftar PenjanaKerjaya di Portal MYFutureJobs untuk majikan dan pekerja.

Anda boleh rujuk mengenai ringkasan Kenyataan Media Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkaitan Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Kursus Latihan di bawah Penjana Kerjaya seperti yang disediakan dibawah:

Kenyataan Media Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed

Apakah Penjana Kerjaya? 


PenjanaKerjaya merupakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dimana ia bertujuan untuk merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan dalam kalangan pencari kerja.

Untuk makluman umum, program ini dilaksanakan oleh PERKESO di bawah Kementerian Sumber Manusia dimana ia bertujuan untuk merangsang pewujudan pekerjaan dan meningkatkan peluang pekerjaan bagi golongan graduan serta penganggur yang sedang mencari pekerjaan. Justeru,memandangkan PenjanaKerjaya akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan, PERKESO mengalakkan individu yang masih menganggur terutama lepasan sekolah dan graduan universiti untuk mendaftar di portal MyFutureJobs (www.myfuturejobs.gov.my) PERKESO.

TAMBAHAN : Golongan lepasan sekolah dan penganggur yang memerlukan bantuan boleh menghubungi PERKESO atau hadir ke pejabat agensi ini di seluruh negara bagi mendapatkan bantuan kaunselor kerjaya.

Siapakah  Golongan Yang LAYAK & Tidak LAYAK Memohon PenjanaKerjaya? 



  1. GOLONGAN YANG LAYAK


  • Majikan yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) SSM / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) / Pendaftaran Perniagaan (ROB) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lain-lain pertubuhan sebelum 1 Jun 2020; dan

  • Majikan hendaklah berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2020
     2. GOLONGAN YANG TIDAK LAYAK

  • Agensi Pekerjaan Swasta ataupun Syarikat Penyumberan Luar (Outsourcing / Contractor for Service) yang membekalkan tenaga kerja kepada perusahaan lain (principal) dan bukannya sebagai majikan langsung; dan

  • Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan)
Kategori Pekerja Yang TIDAK LAYAK Mendapat Insentif
  • Pekerja yang sedang menerima bantuan Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program) atau tersenarai dalam Program Subsidi Upah adalah tidak layak

Berapakah Jumlah Senarai Insentif Di bawah Penjana Kerjaya Yang Disediakan? 

PenjanaKerjaya yang disediakan adalah seperti kategori berikut:

1. #MyApprentice: Insentif Perantis bagi majikan yang mengambil pencari kerja tempatan secara perantis dalam kalangan lepasan sekolah dan graduan

2. #HireMalaysia – Terdapat tiga kategori disediakan :

  • Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan di bawah umur 40 tahun;
  • Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan berumur 40 tahun dan ke atas; dan
  • Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan dalam kalangan golongan mudah terjejas termasuk golongan kurang upaya (OKU), dan peserta Program Return to Work PERKESO.
3. Bantuan Mobiliti (Mobility Assistance): bayaran one-off kepada pekerja yang berpindah    melebihi 100km (satu hala) dari lokasi tempat pemastautin pencari kerja;
4. Program Latihan: menyediakan latihan semula (reskilling and upskilling) termasuk program place and train yang berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di bawah PenjanaKerjaya.

Bagaimanakah Cara Daftar PenjanaKerjaya Melalui Portal MYFutureJobs Untuk Pekerja Dan Majikan? 

Bagi golongan pencari kerja dan majikan boleh mendaftar di MYFutureJobs secara online, dengan mengikut langkah-langkah berikut:

Pertama, Layari Laman Web MYFutureJobs

i) Pencari Kerja

  • Pertama sekali, anda perlu mendaftar dengan menekan butang “Jobseeker sign in”
  • Kemudian, sila tekan “Register here” sebagai pengguna kali pertama
  • Seterusnya, sila isikan emel dan nombor kad pengenalan anda serta kata laluan yang ingin digunakan
  • Selesai sahaja mendaftar, anda boleh terus layari portal tersebut dengan mencari bidang kerjaya yang sesuai dan kawasan yang anda inginkan
  • Akhir sekali, pencari kerja boleh klik pautan berikut untuk panduan pengguna: Pencari Kerja
ii) Majikan

  • Pertama, majikan perlu mendaftar dengan menekan butang “Employer sign in”
  • Seterusnya, sila klik butang “Register here” sebagai pengguna kali pertama.
  • Kemudian, majikan perlu mengisi butiran-butiran berkenaan syarikat dan seterusnya klik “Send for approval”
  • Setelah selesai mengisi, syarikat akan menerima maklumat berkaitan akaun syarikat setelah disahkan oleh MYFutureJobs.
  • Akhir sekali, majikan boleh klik pautan berikut untuk panduan pengguna: Majikan
  • PENTING: Semakan status permohonan boleh dilakukan oleh pihak majikan di Portal PenjanaKerjaya di penjanakerjaya.perkeso.gov.my
Untuk mengetahui info lanjut boleh rujuk info grafik seperti  yang disediakan berikut : 
INFO TAMBAHAN : Tarikh akhir bagi permohonan di bawah PenjanaKerjaya adalah pada 31 Disember 2020.
Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut atau sebarang masalah berkaitan MYFuturejobs, Pusat Hotline PERKESO Putrajaya telah dijadikan sebagai talian khas Bilik Gerakan Penjana Kerjaya. Anda boleh hubungi talian hotline di:

Semoga perkongsiaan yang dilakukan ini bermanfaat bagi anda semua.