SEMAKAN RAYUAN & TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 3.0 (BKSS) - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Tuesday, June 9, 2020

SEMAKAN RAYUAN & TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG 3.0 (BKSS)


Semakan Rayuan & Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 (BKSS) 


Tahukah anda bagaimana untuk membuat semakan dan bilakah tarikh pembayaran bagi Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0? Berita baik buat rakyat negeri Sarawak yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berikut adalah dikongsikan tentang tarikh pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 serta cara untuk membuat semakan rayuan buat rujukan anda.

Untuk pengetahuan, kerajaan negeri Sarawak akan meneruskan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 (BKSS) khas kepada ketua isi rumah dan golongan bujang yang terkesan akibat pelaksanaan PKP. Justeru, Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada 377,806 individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan. Manakala, isi rumah yang tidak tersenarai dalam BKSS akan menerima bayaran sebanyak RM1,500.

Bilakah Tarikh Bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Dibuat? 

Bayaran BKSS 3.0 akan dibuat kepada individu Bujang dan Isi Rumah B40 bermula dari tarikh 15 Jun 2020 dengan jumlah bayaran sebanyak RM500 secara one-off untuk bujang dan RM1,500 untuk isi rumah RM250 setiap bulan untuk selama 6 bulan.

Bagaimanakah Cara Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Dibuat? 

  • Bagi yang mempunyai akaun bank berdaftar dengan LHDN bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima.
  • Bagi yang tidak mempunyai akaun bank yang berdaftar dengan LHDN, bayaran secara tunai boleh dituntut di Pejabat Bahagian, Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak.

Cara Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Boleh Dibuat : 



PERHATIAN:
*Bagi penerima yang mempunyai akaun akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing manakala penerima yang tiada akaun akan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri yang berdekatan.

Semakan Keputusan Rayuan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0

Keputusan rayuan akan dimaklumkan selepas 15 Jun 2020 melalui cara berikut:

Untuk Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian 082-555-999 atau emel di 555999@sarawak.gov.my

Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 Bagi Bujang B40 ini dijadikan rujukan buat anda semua!