TERKINI TAMBAHAN RM750 KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Friday, May 8, 2020

TERKINI TAMBAHAN RM750 KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL

BKSS 3.0 : TAMBAHAN RM750 KEPADA PENJAJA DAN PENIAGA KECIL

Untuk makluman, Kerajaan Sarawak membuat tambahan satu bulan geran khas kepada para penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan sebanyak RM750.


Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg, dengan tambahan ini, setiap penjaja dan peniaga kecil akan menerima secara keseluruhannya sejumlah RM2,250.
Katanya pada sidang media Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 3.0 hari ini, “Memandangkan para penjaja dan peniaga kecil merupakan golongan yang paling terkesan oleh wabak ini, sukacita saya mengumumkan Kerajaan Sarawak akan menambah Geran Khas ini selama sebulan lagi iaitu sebanyak RM750 kepada mereka”.

Malahan, beliau berharap dengan adanya tambahan sebulan lagi akan membantu golongan penjaja dan peniaga kecil yang terjejas dari segi pendapatan pada masa ini.

Sehubungan dengan itu, pada pengumuman BKSS 1.0 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan geras khas berjumlah RM1,500 kepada penjaja dan peniaga kecil yang akan dibayar secara dua peringkat iaitu pada bulan Mei dan Julai 2020.


KREDIT : tvsarawak.com