TERKINI SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL FASA 2 - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Sunday, May 3, 2020

TERKINI SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL FASA 2

INFO TERKINI : Semakan Status Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2



Seperti yang sedia maklum pembayaran BPN fasa 2 akan dibuat bermula 4 Mei 2020 iaitu pada hari Isnin.

Mana-mana penerima fasa sebelum ini, anda boleh semak akaun masing-masing bermula pada tarikh yang dinyatakan.

Bayaran ini termasuklah untuk golongan B40 dan M40 kategori isi rumah dan bujang.

BPN FASA 2

Bagi BPN fasa 1 dulu melibatkan 7.74 juta penerima berjumlah RM5.47 bilion.

Sebelum ini permohonan baru / rayuan juga telah dibuka sehingga tarikh tutup 30 April lepas.

Kementerian Kewangan juga telah memaklumkan sebanyak 2.96 juta permohonan baru dan 305,000 rayuan telah diterima.

Maka, tempoh bayaran BPN fasa 2 akan bermula dari 4 hingga 13 Mei bagi penerima B40.

Manakala 13 hingga 15 Mei pula bagi penerima M40.

Jumlah bantuan adalah seperti berikut :


bpn fasa 2
Untuk pembayaran BPN bagi Permohonan Baharu dan Rayuan akan dibayar sekaligus mulai 15 hingga 20 Mei 2020.

Manakala bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal mengemaskini atau gagal kredit ke akaun yang didaftarkan, pembayaran akan dibuat secara penunaian di kaunter BSN bermula pada 15 Mei 2020 berdasarkan Nombor Siri yang dipaparkan di Portal BPN.

STATUS TIDAK LAYAK

Bahkan terdapat beberapa laporan mendapati status BPN mereka telah bertukar dari layak kepada tidak layak.

Berikut adalah alasan yang kami ambil dari portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional.


Alasan bagi mereka yang Tidak Layak:
  • Duplikasi permohonan — Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan.
  • Pemohon / pasangan mempunyai syarikat — Semakan mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui https://gkp.hasil.gov.my jika berkelayakan.
  • Pendapatan melebihi kelayakan — Semakan data agensi mendapati pendapatan Bujang / Isi Rumah melebihi kelayakan.
  • Menetap luar negara — Pemohon berada di luar negara.
Bagi mereka yang layak fasa 1 dan tidak layak fasa 2, anda masih boleh menunaikan baucer BPN fasa 1 di BSN (bagi yang tiada akaun bank).

Untuk mengetahui tentang info lanjut, anda boleh layari portal rasmi https://bpn.hasil.gov.my

KREDIT : SEMAKANONLINE.COM