TERKINI SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN RM300 MUSAADAH KHAIRA DIBUKA - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Sunday, May 3, 2020

TERKINI SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN RM300 MUSAADAH KHAIRA DIBUKA


Untuk makluman Bantuan Khas Musaadah Khaira adalah satu inisiatif PPZ-MAIWP yang bertujuan untuk membantu meringankan beban orang awam yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada penularan wabak COVID-19.

Malah, dengan peruntukan dana permulaan sebanyak RM1 juta oleh PPZ-MAIWP, ia mula dilancarkan pada 1 April 2020 dalam usaha membantu warganegara Malaysia yang memerlukan tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

Bagi permohonan yang berjaya akan diberi bantuan ‘one off” sebanyak RM300.

BANTUAN MUSAADAH KHAIRA PPZ

Seperti yang sedia maklum, Bantuan Khas Musaadah Khaira ini adalah khas untuk warganegara Malaysia yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan dengan tujuan:


  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan.

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON MUSAADAH KHAIRA PPZ

Berikut adalah syarat kelayakan bagi memohon bantuan Musaadah Khaira PPZ ini:


  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.
  • Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
  • Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.
Melalui inisiatif ini, permohonan yang berjaya akan diberi bantuan ‘one-off’ sebanyak RM300.

CARA UNTUK MEMOHON


Permohonan terbuka boleh dibuat melalui atas talian sahaja dengan melayari laman rasmi Musaadah Khaira mulai 1 April 2020. Ikuti langkah di bawah untuk membuat permohonan.

LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN BOLEH DIBUAT SEPERTI BERIKUT :

cara memohon musaadah khaira
Bantuan Khas Musaadah Khaira Sebanyak RM300 Setiap Orang. Kini Dibuka Buat Semua Warganegara Malaysia Tanpa Mengira Latar Belakang
Bantuan Khas Musaadah Khaira Sebanyak RM300 Setiap Orang. Kini Dibuka Buat Semua Warganegara Malaysia Tanpa Mengira Latar Belakang

ANTARA DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT


  • Salinan Kad Pengenalan
  • Bagi yang bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / Pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan
  • Bagi Peniaga / Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan / Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen
  • Akaun Bank – Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.
Muat naik dokumen sokongan dengan mengambil gambar atau imbas (scan) dan masukkan ke dalam borang permohonan.

CARA UNTUK SEMAK STATUS PERMOHONAN




Untuk menyemak status permohonan anda, anda boleh masukkan nombor kad pengenalan diri di laman utama Musaadah Khaira.

Bayaran bantuan akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang update atau pertanyaan mengenai permohonan ini, sila ajukan pertanyaan melalui medium berikut:

KREDIT : EDUBESTARI.COM