TERKINI: PEJAWAT AWAM BAKAL NIKMATI BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500? - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Monday, May 11, 2020

TERKINI: PEJAWAT AWAM BAKAL NIKMATI BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500?



Untuk makluman, BANTUAN Khas Aidilfitri 2020 yang bernilai RM500 akan dibayar kepada penjawat awam pada 20 Mei ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman.


Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, bantuan itu membabitkan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah.

Malah, pesara kerajaan yang pencen turut menerima bantuan khas yang bernilai RM250.

"Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 dipanjangkan kepada pekerja sambilan harian (PSH) yang masih berkhidmat dengan syarat tempoh kontraknya sudah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

"Pesara yang dilantik semula secara perkhidmatan kontrak dan masih berkhidmat pada 20 Mei juga layak terima sebanyak RM500.

"Pembayaran sebanyak RM250 akan dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250 akan dibayar jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat," katanya menerusi Pekeliling Perkhidmatan Awam, hari ini.

Mohd Khairul Adib turut berkata, pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan sudah dikeluarkan Pihak Berkuasa Tatatertib ditangguhkan daripada menerima bantuan itu.

Katanya, mereka hanya layak diberi bantuan terbabit sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai berkenaan tidak bersalah.

KREDIT : hmetro.com.my