TERKINI CARA MEMOHON SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN SEKTOR MIKRO COVID -19 BUSINESS RECOVERY MICRO (CBRM) - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Saturday, May 9, 2020

TERKINI CARA MEMOHON SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN SEKTOR MIKRO COVID -19 BUSINESS RECOVERY MICRO (CBRM)

CARA MEMOHON SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN SEKTOR MIKRO COVID -19 BUSINESS RECOVERY MICRO (CBRM)


Untuk makluman, Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM) adalah skim pembiayaan mikro bagi usahawan yang terjejas kesan daripada wabak Covid-19 untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada.

Malah, CBRM adalah skim pembiayaan mikro yang menyediakan pembiayaan suntikan modal pusingan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan mikro yang terjejas kesan akibat wabak Covid-19.

SIAPAKAH GOLONGAN YANG LAYAK UNTUK MEMOHON SKIM INI?

Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah :
  • Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak Covid-19.
  • Warganegara Malaysia (Bumiputera/India).
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh atas separuh masa.
  • Mempunyai tempat perniagaan yang khusus.
  • Mempunyai pendaftaran SSM atau Permit PBT (Lesen Penjaja).
  • Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain.
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan.
  • Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan yang sedia ada).
Justeru, jenis sektor yang layak untuk memohon Skim CBRM ini adalah terbuka kepada semua sektor perniagaan yang patuh syariah.

BERAPAKAH AMAUN PEMBIAYAAN YANG DITAWARKAN DI BAWAH SKIM CBRM?


  • Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro Tekun Nasinal adalah (RM1,000.0 - RM10,000.0)
  • Tempoh bayaran balik pembiayaan maksima sehingga 3 tahun (36 bulan) dan penangguhan 6 bulan

BERAPA LAMAKAH TEMPOH PEMBIAYAAN SKIM CBRM?

Tempoh pembiayaan Skim CBRM adalah sehingga tempoh maksima 3 tahun dan tempoh penangguhan 6 bulan. Kadar keuntungan bagi Skim CBRM ini adalah 0% (tiada caj).

PERMOHONAN


Usahawan boleh menghantar permohonan Skim CBRM di sini

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai permohonan Skim CBRM boleh menghubungi TEKUN Nasional.

03-9059-8888 (9 pagi - 5.00 petang / hari bekerja sahaja)

KREDIT : mkerjaya.com