TERKINI BANTUAN KEWANGAN RM500 UNTUK BUJANG BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Friday, May 8, 2020

TERKINI BANTUAN KEWANGAN RM500 UNTUK BUJANG BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS

TERKINI : BANTUAN KEWANGAN RM500 UNTUK BUJANG BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS


KUCHING: Untuk makluman, Kerajaan Sarawak akan memberi bayaran tunai secara one-off iaitu sekali sebanyak RM500 kepada 377,806 individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan di bawah RM2,000 sebulan.


Perkara tersebut telah diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg pada sidang media Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 3.0 hari ini.

Menurutnya, inisiatif ini dijangka akan melibatkan perbelanjaan kerajaan Sarawak sebanyak RM234.0 juta.

Tambahan pula, pada sidang media yang sama, beliau turut mengumumkan bantuan pembayaran secara tunai sebanyak RM1,500 kepada anggaran 30,000 Ketua Isi Rumah yang layak tetapi tidak tersenarai di bawah BKSS 1.0.

Seperti yang sedia maklum “Kerajaan Sarawak telah menerima banyak maklum balas daripada Ketua Isi Rumah yang layak tetapi tidak tersenarai dalam BKSS 1.0.”


“Sehubungan dengan ini, Kerajaan Sarawak telah membuka peluang untuk Ketua Isi Rumah yang layak bagi membuat rayuan secara atas talian atau melalui Pejabat Daerah yang berhampiran iaitu bermulai pada tarikh 18 April sehingga 28 April 2020,” katanya

Terdahulu, dalam pengumuman BKSS 1.0 sebelum ini, Ketua Isi Rumah kategori B40 di Sarawak yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah telah diberi bantuan tunai bulanan sebanyak RM250 selama 6 bulan.


KREDIT : tvsarawak.com