SEMAKAN KELULUSAN BPN BAGI PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN MULAI 9 MEI 2020 - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Saturday, May 9, 2020

SEMAKAN KELULUSAN BPN BAGI PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN MULAI 9 MEI 2020

Perhatian kepada anda yang membuat permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tahun 2020. Bagi anda yang telah membuat permohonan baru dan rayuan BPN boleh menyemak kelulusan status bermula pada tarikh 9 Mei 2020. Menurut FAQ BPN, pembayaran bagi permohonan baru dan rayuan BPN akan dikreditkan sekaligus bermula daripada tarikh 15 Mei sehingga 20 Mei 2020 secara berperingkat. Sebelum itu, pastikan anda menyemak status BPN secara atas talian (online) melalui laman web BPN.

Melalui kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional yang telah diluluskan membabitkan jumlah sebanyak RM1.7 bilion. Bagi anda yang status tidak lulus atau tidak layak dalam permohonan baharu atau rayuan BPN ini tidak boleh lagi membuat rayuan kerana keputusan adalah muktamad.

SEMAKAN KELULUSAN BPN BAGI PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN MULAI 9 MEI 2020


Berikut dikongsikan adalah maklumat berkaitan tentang Bantuan Prihatin Nasional bagi permohonan baharu dan rayuan termasuk memaparkan tarikh, jumlah bayaran dan aplikasi semakan :

Tarikh Semakan : Mulai 9 Mei 2020

MAKSUD STATUS PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Status ‘DALAM PROSES’ atau ‘DALAM PROSES RAYUAN’ adalah merujuk kepada permohonan baharu atau rayuan BPN yang telah diterima dan sedang dalam proses semakan bagi menentukan kelayakan.

TARIKH DAN BAYARAN BPN BAGI PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN

Seperti yang sedia maklum, tarikh pembayaran dan semakan BPN Fasa Kedua akan bermula 4 Mei 2020 iaitu pada hari Isnin. Manakala, bagi permohonan baharu dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional akan dikreditkan secara berperingkat bermula pada tarikh 15 Mei hingga 20 Mei 2020.


  • B40/ Bujang: 4 Mei hingga 13 Mei 2020
  • M40: 13 Mei hingga 15 Mei 2020
  • Baharu/ Rayuan: 15 Mei hingga 20 Mei 2020

Justeru, sekiranya paparan di Portal BPN menunjukkan Tiada Akaun atau status pengkreditan adalah Gagal Kredit, pembayaran akan dilakukan secara penunaian di Kaunter Bank Simpanan Nasional sahaja. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran di Portal BPN.

CARA BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Bagi sesiapa yang mempunyai akaun bank akan terus dimasukkan ke akaun masing-masing. Manakala bagi yang tidak memiliki akaun bank, anda boleh perlu menyemak nombor siri BPN untuk menunaikan Bantuan Prihatin Nasional di kaunter Bank Simpanan Nasional.

CARA SEMAK STATUS BANTUAN PRIHATIN NASIONAL ONLINE


  1. Semakan status boleh disemak secara online di laman portal rasmi BPN https://bpn.hasil.gov.my/
  2. Selepas klik, anda akan berada di bahagian Semakan Status.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.
  4. Tekan butang Cari.

Nota : Sebelum hadir ke bank, anda disarankan untuk menyemak status permohonan BPN dahulu sama ada lulus atau masih dalam proses permohonan.

SEBAB PERMOHONAN BPN BERSTATUS TIDAK LULUS

Untuk makluman, keputusan yang dipaparkan adalah muktamad dan kekal. Semakan kelulusan di kategori kan sebagai Tidak Lulus berdasarkan beberapa alasan berikut :
  1. Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan had umur pemohon.
  2. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon atau pasangan melebihi RM8,000
  3. Semakan rekod agensi mendapati pendapatan pemohon melebihi RM4,000
  4. Semakan mendapati pemohon merupakan pelajar
  5. Tidak layak kerana pemohon atau pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi SSM. Walau bagaimanapun pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin melalui Portal GKP jika berkelayakan.
  6. Status kahwin dengan maklumat yang sama.

SOALAN LAZIM BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

1. Adakah saya boleh mengemukakan rayuan sekiranya permohonan saya berstatus ‘Tidak Lulus’?

Tidak. Kelulusan yang dipaparkan di Portal BPN adalah kekal dan muktamad. Buat masa ini, rayuan ke atas permohonan BPN yang berstatus Tidak Lulus belum diputuskan oleh kerajaan.

2. Saya tidak berjaya membuat permohonan baharu atau rayuan BPN. Adakah saya masih berpeluang membuat permohonan?

Tidak permohonan BPN telah berakhir pada 30 April 2020 dan tiada lanjutan tarikh permohonan.

3. Saya telah lulus permohonan baharu, walau bagaimanapun akaun yang didaftarkan adalah tidak aktif. Bagaimanakah status bayaran BPN saya?

Bagi pemohon yang ada melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan baharu atau rayuan BPN, tetapi proses pengkreditan berstatus Gagal Kredit ke akaun tersebut, tarikh penunaian bagi tuntutan bayaran BPN berkenaan akan dimaklumkan kelak.

Semakan Kelulusan BPN Bagi Permohonan Baru Dan Rayuan Mulai 9 Mei 2020

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor telefon di bawah.


  • Nombor telefon Kementerian Kewangan Malaysia : 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565/ 03-8882 4566
  • Emel : bsh@treasury.gov.my/ pre2020@treasury.gov.m
KREDIT : myinformasi.net