PANDUAN MEMOHON SKIM PERUMAHAN Rumah Mesra Rakyat 2020 Online (SPNB) - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Monday, May 4, 2020

PANDUAN MEMOHON SKIM PERUMAHAN Rumah Mesra Rakyat 2020 Online (SPNB)


Seperti yang disedia maklum, Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mesra Rakyat Plus RMRPLUS untuk membantu golongan berpendapatan rendah iaitu (B40) yang tidak mempunyai rumah. Sekiranya anda berkelayakan , anda boleh memohon Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB secara online di laman web rasmi SPNB .

OBJEKTIF PROGRAM

Untuk makluman, program ini diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan , petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di sebuah rumah yang usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

BAGAIMANA MEMOHON???


Berikut dikongsikan maklumat tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB termasuk memaparkan syarat kelayakan , ciri perumahan dan aplikasi permohonan :

Syarat- Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat SPNB

Antara syarat-syarat kelayakan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000

Cara- Cara Untuk Membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB Online


1. Untuk permohonan anda boleh dapatkan borang permohonan dengan melayari ke laman web http://spnb.com.my/
2. Lengkapkan borang permohonan dan hantar ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan .

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my
No. Faks: 603-2681 0170

Untuk mengetahui info lanjut tentang Rumah Mesra Rakyat , sila layari ke laman web rasmi di http://www.spnbmesra.com.my/

Semoga dengan adanya skim perumahan ini dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan dapat memiliki rumah idaman mereka sendiri .

Permohonan Online SPNB


KREDIT : GRADUANSEMASA