Semakan Nombor Siri BPN Bagi Tiada No Akaun/ Gagal Kredit - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Saturday, April 18, 2020

Semakan Nombor Siri BPN Bagi Tiada No Akaun/ Gagal Kredit



Penerima yang ke cawangan BSN perlu membawa kad pengenalan masing-masing dan dinasihatkan mematuhi penjarakan sosial. Untuk senarai cawangan BSN yang dibuka, penerima boleh melayari di laman web www.mybsn.com.my.

SEMAKAN NOMBOR SIRI BPN BAGI TIADA NO AKAUN/ GAGAL KREDIT


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang nombor siri Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan cara dapatkan dan tunaikan nombor siri di kaunter BSN :

APA ITU NOMBOR SIRI BPN

Nombor siri BPN ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Prihatin Nasional tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau gagal kredit untuk keluarkan wang bantuan tersebut. Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BPN untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

KAEDAH SEMAKAN NOMBOR SIRI BPN DI PORTAL BPN

1. Semakan boleh dibuat secara online di laman web rasmi BPN https://bpn.hasil.gov.my.

2. Masukkan No MyKad dan CAPTCHA, klik SEMAK.

3. Klik pada ‘PAPARAN MAKLUMAT BAYARAN’.



Semakan Nombor Siri BPN Bagi Tiada No Akaun/ Gagal Kredit
4. Masukkan KATA LALUAN anda, klik LOG MASUK.

5. Klik pada MAKLUMAT BAYARAN.

6. Nombor Siri akan dipaparkan di No. Baucer.




Semakan Nombor Siri BPN Bagi Tiada No Akaun/ Gagal Kredit

CARA PENUNAIAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL DI KAUNTER BSN


Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat Pembayaran dan penunaian boleh dibuat di Kaunter BSN mulai 17 April 2020. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran. Penerima perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020.

Senarai Cawangan BSN Dibuka Ketika PKP

Cawangan BSN terpilih akan beroperasi pada hujung minggu ini seperti berikut:

(a) Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dibuka pada 17 April dan 18 April (Jumaat dan Sabtu) – 9:30 pagi hingga 3:00 petang.

(b) Negeri-negeri selain Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dibuka pada 18 April dan 19 April (Sabtu dan Ahad) – 9:30 pagi hingga 3:00 petang.

(c) Sabah dan Sarawak dibuka pada 18 April dan 19 April (Sabtu dan Ahad) – 9:00 pagi hingga 2:00 petang.

Senarai cawangan BSN yang akan beroperasi pada hujung minggu ini boleh disemak di www.mybsn.com.my.

PERMOHONAN BAHARU DAN RAYUAN BPN


Tempoh permohonan baharu dan rayuan BPN dibuka dari 1 April sehingga 30 April 2020. Bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses verifikasi bagi permohonan baharu akan dibuat pada bulan Mei 2020 dimana pembayaran BPN akan dibuat secara sekaligus pada bulan sama.

Nota : Untuk ketahui lebih lanjut tentang cara penunaian BPN boleh rujuk SINI.


KREDIT: myinformasi