Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 dan telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020 berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh Malaysia dan serata dunia. Arahan ini bersesuaian dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mengekang daripada coronavirus ini merebak dan menjangkiti orang ramai. Selaras itu, Gerak Malaysia iaitu aplikasi pergerakan rentas negeri telah diperkenalkan bagi memantau pergerakan rakyat Malaysia
Sidang Media Majlis Keselamatan Negara oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 April 2020 beliau berkata, orang ramai yang terperangkap di rumah semasa pulang ke kampung dan kini berada di Kampung halaman, mereka yang berkeinginan untuk pulang ke ibu kota boleh mendaftar diri melalui aplikasi Gerak Malaysia (telefon pintar) mulai 26 April 2020
Bagi mereka yang tiada kemudahan internet boleh mendaftar diri di Balai Polis berhampiran/ berdekatan dengan syarat membuat membuat temu janji dahulu dengan pihak balai polis tersebut
Namun bergitu keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan selepas 1 Mei 2020 setelah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) |
Kerajaan juga tidak memberi apa-apa jaminan berkenaan pergerakan memandangkan masih menunggu laporan daripada pendaftaran yang bakal bermula 26 April. Selepas itu baru kerajaan boleh merangka perancangan prosedur operasi standard dan kajian dengan khidmat nasihat KKM
Aplikasi GerakMalaysia telah dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta sokongan dari syarikat telekomunikasi di Malaysia
Ianya dilengkapi sistem GPS bagi mengesan lokasi semasa pengguna serta pengesanan jarak dekat sesama peranti sahaja apabila Bluetooth diaktifkan. Data ini akan digunakan SKMM untuk menyokong usaha pengesanan dan mengurangkan penyebaran COVID-19
Untuk makluman, PKP telah dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 12 Mei 2020. Kerajaan juga menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak menolak kemungkinan PKP akan disambung lagi selepas itu menyebabkan ramai yang bakal tidak dapat pulang ke kampung berhari raya. Namun, ianya bergantung kepada situasi semasa Covid-19 di negara ini

TERKINI : Menteri kanan untuk kluster keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 26 April 2020 telah menjelaskan bahawa orang ramai tidak dibenarkan untuk membuat perjalanan rentas negeri pada 1 hingga 3 Mei ini
Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan PDRM akan membincangkan Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuklah menetapkan tarikh sebenar pergerakan/ perjalanan antara negeri
PERMOHONAN PERGERAKAN RENTAS NEGERI MELALUI APLIKASI GERAK MALAYSIA
Berikut dikongsikan bagaimana cara untuk memuat turun aplikasi GerakMalaysia serta maklumat lain yang berkaitan
![]() | |||
![]() | ![]() | ||
26 April 2020
|
–
| ||
![]() | |||
Pengguna sudah boleh memuat turun Aplikasi GerakMalaysia dahulu namun pendaftaran diri bagi pergerakan rentas negeri (dari kampung ke ibu kota) akan dibuka mulai tarikh di atas | |||
Setelah memohon, kemaskini permohonan perlu dibuat pada 29 April 2020 untuk mengesahkan destinasi perjalanan pemohon | |||
Semakan status permohonan boleh dibuat pada 1 Mei 2020 dan tempoh pergerakan antara negeri yang dibenarkan adalah antara 1 hingga 3 Mei |
MAKLUMAT YANG PERLU DILAPORKAN
| |||
Berdasarkan Siaran Media MKN, pemohon yang ingin mendaftar pergerakan rentas negeri perlulah melaporkan perkara berikut: | |||
![]() | |||
![]() | |||
![]() |
MUAT TURUN APLIKASI GERAK MALAYSIA | |
Berikut dikongsikan pautan untuk memuat turun aplikasi GerakMalaysia bagi pengguna Android dan juga iOS | |
AppStore iOS Apple | Google Play Store Android |
Adalah suatu usaha untuk membantu Kerajaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19 dan membendung penyebaran virus melalui pengesanan kontak | |
Aplikasi juga akan memaparkan maklumat-maklumat terkini daripada pihak-pihak berkuasa serta langkah-langkah pencegahan dan nasihat berkenaan wabak COVID-19. |
PANDUAN PENGGUNAAN APLIKASI GERAK MALAYSIA
Berikut adalah cara memohon Pergerakan Rentas Negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia
|






MAKLUMAT LANJUT
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Pergerakan Rentas Negeri melalui aplikasi Gerak Malaysia berdasarkan Siaran Media, Polis DiRaja Malaysia







KREDIT: MYSUMBER