Permohonan Baru Untuk Individu 'Tiada Rekod' - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Sunday, April 5, 2020

Permohonan Baru Untuk Individu 'Tiada Rekod'

Permohonan Baru Untuk Individu 'Tiada Rekod

Baru-baru ini, selepas PM mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional untuk meringankan beban masyarakat akibat daripada PKP yang melanda negara sejak 18 Mac lalu. Dalam pada itu, laman rasmi bantuan BPN seperti laman rasmi LHDN selalu mengalami kesesakan dan mengakibatkan pemohon susah untuk masuk.

Disamping itu juga, LHDN juga prihatin terhadap Individu yang memperoleh keputusan ‘tiada rekod’ ketika membuat semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan boleh membuat permohonan baharu secara dalam talian sehingga 30 April ini.

Pemohon hanya perlu klik di ikon ‘permohonan baharu’ dan mengikut langkah seterusnya semasa membuat permohonan itu.

Menurut kenyataan LHDN kemarin, permohonan secara manual dengan menggunakan borang tidak dapat dilakukan pada masa ini berikutan semua premis agensi percukaian itu ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Menurut LHDN, bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan di portal rasmi agensi itu https://www.hasil.gov.my atau https://bpn.hasil bermula 3 April ini.

Tidak Perlu Memohon Bagi Pemohon Yang Sudah Ada Data


Bagaimanapun, golongan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan golongan M40 yang telah mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDN tidak perlu membuat pendaftaran bagi permohonan BPN.

Ini kerana penerima BSH layak menerima BPN secara automatik manakala golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan LHDNM pula akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan dan kriteria lain yang ditetapkan kerajaan.

Menurut LHDN, memandangkan trafik capaian ke portal rasmi adalah amat tinggi buat masa ini, orang ramai mungkin berdepan kesukaran membuat semakan dan dinasihat berbuat demikian di luar waktu puncak.

Keadaan itu berlaku susulan semakan dan permohonan untuk mendapatkan BPN bagi golongan B40 dan M40 dibuka mulai hari ini.

Pertanyaan Berkaitan Bantuan 



Hasil Care Line (HCL) LHDN pula beroperasi semula mulai 30 Mac lepas bagi menjawab pertanyaan berkaitan BPN dan isu-isu percukaian.

HCL, yang beroperasi sepanjang tempoh PKP bermula 9 pagi hingga 5 petang dari setiap Ahad hingga Jumaat, boleh dihubungi menerusi talian 03-89111000 atau +603-8911 1100 bagi mereka yang berada di luar negara.

Selain itu, talian BSH iaitu 1800-88-2747 beroperasi untuk menjawab pertanyaan berhubung bantuan tersebut.