Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bermula Isnin depan - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Saturday, April 4, 2020

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bermula Isnin depan

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bermula Isnin depan


Sejajar dengan keprihatinan pihak kerajaan terhadap kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rangkaian virus Covid – 19, Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020 yang lalu. Pengumuman ini membolehkan rakyat Malaysia menerima bantuan secara one – off daripada kerajaan dan bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Golongan yang layak menerima bantuan merupakan mereka yang berada dalam kategori B40 dan ke bawah yang meliputi individu bujang serta golongan M40. Peruntukkan sebanyak RM 10 bilion dibelanjakan untuk menjayakan program ini.

Maklumat penerima bantuan akan diambil menerusi pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) sedia ada. Walau bagaimana pun, sekiranya maklumat pemohon tiada dalam pangkalan data BSH atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pemohon boleh menghantar permohonan secara online mulai 1 April 2020. Semasa sidang media yang lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pembayaran fasa pertama BPN ini akan dilakukan mulai pertengahan April hingga penghujung bulan April 2020 dan fasa kedua akan dibayar pada bulan Mei. Walau bagaimana pun, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz siang tadi telah mengumumkan bahawa pembayaran bantuan fasa pertama akan dipercepatkan iaitu mulai 6 April 2020. Pengumuman ini telah dibuat semasa temubual ekslusif pihak TV3 bersama Menteri Kewangan di pejabat beliau di Putrajaya. Beliau menjelaskan bahawa pembayaran ini akan dilakukan secara berperingkat sehingga penghujung April 2020.

Pada ketika ini, trafik ke laman web rasmi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) agak sesak kerana orang ramai berpusu – pusu melayari laman web BPN bagi membuat semakan atau permohonan baru. Pemohon dinasihatkan agar tidak terburu – buru semasa membuat semakan atau permohonan baru supaya maklumat yang dimasukkan adalah lengkap dan tepat. Bagi yang masih belum berjaya membuat permohonan baru, anda boleh membuat pendaftaran sehingga penghujung April 2020 nanti. Memandangkan begitu banyak permohonan yang perlu diproses, pemohon dinasihatkan agar dapat bersabar sebelum bantuan dapat disalurkan ke akaun bank penerima.


SUMBER: BR1M.INFO