PANDUAN CARA SEMAK BIL TNB ONLINE
Bagi anda yang risaukan kenaikan bil TNB ini, anda boleh semak bil elektrik anda secara online melalui applikasi myTNB.
Walaupun rumah sewa, anda masih boleh gunakan applikasi ini dengan syarat anda dapatkan IC pemilik rumah terlebih dahulu untuk pengesahan.
Caranya mudah sahaja:
1 – Download myTNB App
2 – Daftar Sebagai Pengguna
- Klik “Register”
- Isi maklumat seperti nama, nombor IC, nombor telefon
- Masukkan PIN yang dihantar menerusi SMS untuk pengesahan
Sekiranya nombor kad pengenalan anda telah didaftarkan ke mana-mana akaun TNB, maka sistem secara automatik akan memaparkan akaun anda.
Namun jika anda penyewa rumah, anda boleh tambah akaun TNB secara manual (rujuk gambar di bawah)
- Adakah akaun ini didadfarkan menggunakan IC anda? Pilih NO
- Adakah anda berhak untuk tengok kesemua maklumat akaun ini? Pilih NO
- Isi maklumat yang diperlukan
- Klik tambah akaun
4 – Papar Bil
Selesai tambah akaun barulah anda boleh semak bil TNB online termasuk bil semasa dan bil terdahulu.
Rekod pembayaran bil turut dipaparkan.
5 – Pembayaran Bil TNB Online
Anda kemudian boleh membuat pembayaran terus melalui myTNB App.
Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit / debit atau boleh juga dibayar menggunakan online banking (FPX).
MYTNB APP
Untuk info lanjut tentang myTNB App sila rujuk portal rasmi https://www.mytnb.com.my/Semoga perkongsian ini memudahkan kerja-kerja pembayaran bil elektrik anda.
Dan diharapkan syarikat bekalan air turut menyediakan applikasi seperti ini bagi memudahkan pengguna merekodkan segala bil dari semasa ke semasa.
KREDIT: Semakanonline