Mohon Bantuan Khas Covid-19 Negeri Sarawak Melalui Aplikasi Darurat TBS - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Sunday, April 26, 2020

Mohon Bantuan Khas Covid-19 Negeri Sarawak Melalui Aplikasi Darurat TBS


Bantuan Darurat TBS – Satu aplikasi yang dinamakan "Darurat TBS" adalah untuk pemohon melalukan permohonan Bantuan Covid-19 secara dalam talian.

Aplikasi Darurat TBS dilancarkan oleh Tabung Baitulmal Sarawak bagi memudahkan proses permohonan bantuan khas COVID19 dengan cepat dan mudah.


Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah memperuntukkan dengan jumlah RM3.5 juta dengan memberi pelbagai bantuan kepada lebih 20,733 individu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia.



Bagi memastikan pengagihan bantuan sampai kepada golongan sasar, aplikasi yang menggunakan platform android dan iOs (akan datang) yang dinamakan ‘Darurat TBS’ diwujudkan bagi menyantuni permohonan bantuan khas COVID-19 di Sarawak dengan tempoh yang lebih singkat dan efesien. Aplikasi ini boleh dimuat turun percuma melalui laman rasmi TBS yang boleh diakses melalui pautan di bawah.

VIDEO PENGENALAN APLIKASI BANTUAN DARURAT TBS

KAEDAH PERMOHONAN

Menerusi aplikasi ini, pemohon hanya perlu masukkan no kad pengenalan dan swafoto untuk pengesahan. Seterusnya pengguna perlu menjawab beberapa siri soalan bagi menentukan kelayakan. Mereka yang layak memohon adalah:
  • Beragama Islam
  • Berasal dari Sarawak
  • Berusia 18 tahun ke atas

NILAI BANTUAN

Bagi isi keluarga yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM250, manakala individu perseorangan pula akan menerima bantuan berjumlah RM100. Proses pembayaran akan di buat dalam tempoh maksimum 7 hari.

MUAT TURUN APLIKASI "BANTUAN DARURAT TBS" di sini.