COVID-19: Kemaskini Akaun Bank Jika Masih Belum Dapat Bantuan - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Wednesday, April 15, 2020

COVID-19: Kemaskini Akaun Bank Jika Masih Belum Dapat Bantuan

KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mempunyai rekod data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan diluluskan, tetapi masih belum menerima bantuan disaran untuk mengemaskini maklumat akaun bank yang masih aktif.

LHDN dalam satu kenyataannya berkata, kemaskini maklumat akaun bank penerima boleh dilakukan melalui aplikasi e-kemaskini di pautan pantas https://ez.hasil.gov.my/ci, selewat-lewatnya sehingga 30 April ini

“Ini adalah bertujuan untuk membolehkan bayaran BPN dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan pada bulan Mei ini dengan mudah dan selamat.

“LHDN juga ingin menasihati penerima BPN supaya menggunakan saluran rasmi dalam urusan mengemaskini maklumat bank dan LHDN juga tidak akan meminta TAC bagi tujuan penyaluran BPN.


“Bagi penerima BPN yang tiada rekod percukaian dengan LHDN pula, bayaran BPN mereka akan dibuat seperti yang sudah dimaklumkan dalam soalan lazim (FAQ) BPN di portal rasmi BPN atau melalui capaian pantas https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2006042020).pdf.,” menurut kenyataan itu.

Di samping itu, bagi memberi kemudahan kepada pelanggan, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Selain itu maklumat juga boleh diperoleh di media sosial rasmi LHDN iaitu Facebook LHDNM dan Twitter LHDNMofficial.