Cara Mohon Telefon Pintar Percuma B40 - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Thursday, April 16, 2020

Cara Mohon Telefon Pintar Percuma B40



Cara mohon untuk pemberian telefon pintar percuma B40 dari ytl foundation


Baru-baru ini, pengumuman telah diberikan oleh Yayasan YTL foundation yang mana di bawah Inisiatif Belajar Dari Rumah atau Learn From Home Inisiative anjurannya untuk memberikan telefon percuma b40.

Ini adalah tambahan kepada kad SIM YES 4G yang juga dilengkapkan dengan bantuan data internet percuma 40GB selain pemberian sumber pelajaran kepada para pelajar sekolah kerajaan.

Telefon pintar percuma b40 ditawarkan oleh Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications kepada para pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki peranti mudah alih atau telefon pintar bagi sesi pembelajaran di bawah.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai cara membuat permohonan telefon pintar tersebut, sila ikuti perkongsian di bawah. Nak tonton tv pendidikan pun lebih mudah jikalau anda berjaya dapat bantuan hebat ini.



Cara Memohon Telefon Pintar Percuma B40


Borang percalonan di bawah perlu diisi bagi para guru yang mewakili pelajar. Sebelum mendaftar, sila bersedia dengan maklumat berikut :
  • Nama dan nombor kad pengenalan pelajar
  • Nombor kad pengenalan anda
  • Nama dan nombor kad pengenalan ibubapa

Borang pencalonan di pautan bawah ini perlulah diisi bersama dengan maklumat murid dan ibu bapa.

PERKARABUTIRANNYA
Pautan permohonan OnlineKLIK DI SINI
Soalan Lazim Berkenaan Bantuan IniBACA SINI


Untuk menerima bantuan telefon free ini berserta dengan data, hanya guru sahaja yang boleh mencalonkan para pelajar yang berhak dan layak.

Kerjasama Guru Sekolah Anda Diperlukan

Para guru sekolah kerajaan dipohon oleh Yayasan YTL untuk memberi kerjasama dengan tampil membantu memberikan nama pelajar yang layak bagi memastikan pemberian telefon pintar kepada keluarga yang memerlukan, ini kerana guru-guru adalah barisan yang terbaik untuk mengenal pasti keluarga ini.

Ikuti cara membuat permohonan telefon pintar di perkongsian di bawah bagi semua guru sebagai pejuang barisan hadapan yang mewakili pelajar yang memerlukan.

Kriteria Permohonan

Kriteria berikut mestilah dipenuhi oleh guru bagi membuat permohonan :
  1. Guru yang terlibat mencalonkan pelajar masih berkhidmat di sekolah rendah ataupun menengah kerajaan.
  2. Calon pelajar adalah daripada golongan keluarga B40
  3. Calon pelajar itu mestilah merupakan pelajar sekolah di mana guru tersebut berehat.
  4. Ibubapa pelajar dan guru berkenaan akan menerima notifikasi menerusi SMS dan emel bagi pencalonan yang berjaya.

Proses Pendaftaran


Ibubapa pelajar akan dimaklumkan sekiranya pencalonan tersebut berjaya. Kemudian, bagi mendapatkan telefon pintar percuma dengan data 120GB (10GB sebulan selama 12 bulan), pendaftaran hendaklah dikemukakan oleh ibubapa.

a. Proses pendaftaran hendaklah diikuti oleh ibu bapa serta maklumat terperinci dikemukakan dan memuat naik dokumen di bawah :


  • I. Satu salinan MyKad ibubapa
  • II. Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
  • III. Sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40, mesti juga memuat naik Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.

b. Untuk mengelakkan sebarang unsur penipuan dan mengesahkan kelayakan penerima, maklumat di atas diperlukan.

Notifikasi e-mel berkenaan penghantaran telefin akan diterima oleh ibubapa sebaik sahaja maklumat yang diberikan oleh ibubapa semasa proses pendaftaran dapat disahkan. Agar proses pendaftaran berjalan lancar, maklumat yang diisi hendaklah dipastikan betul dan lengkap.