Cara Mohon iLestari KWSP 500 secara emel ataupun POS - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Thursday, April 2, 2020

Cara Mohon iLestari KWSP 500 secara emel ataupun POS

Cara Mohon iLestari KWSP 500 secara emel ataupun POS



Permohonan untuk i-Lestari telah bermula. Dibawah program i-Lestari pencarum KWSP boleh mengeluarkan wang maksima RM500 dari Akaun2 KWSP mereka untuk tempoh 6 bulan berikutan penularan wabak Covid-19.

Oleh kerana laman rasmi KWSP mengalami kesesakan, ataupun bagi yang tidak mempunyai i-akaun boleh memohon i-Lestari secara email ataupun POS. Orang ramai masih digalakan untuk membuat permohonan dengan i-akaun kerana proses itu adalah lebih cepat. Proses permononan i-Lestari agak rumit dah memerlukan cap jari pemohon serta dokumen sokongan.

Semua permohonan untuk i-Lestari hendaklah dibuat terus dengan pihak KWSP dan bukan mana mana pihak yang lain.

1) Muat turun Borang Permohonan

Sila download borang permohonan rasmi dari KWSP.

https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/147458/Borang+Pengeluaran+i-Lestari.pdf
Isikan semua maklumat yang betul dan tepat. Maklumat seperti no kad pengenalan mestilah dibuat dengan tepat. Maklumat pengeluaran seperti no Akaun Bank , dan nama bank juga mestilah tepat.

Pemohon juga perlu mengecap ibu jari mereka di borang permohonan. Pemohon boleh mengunakan pen hitam atau biru untuk mewarnakan ibu jari untuk membuat permohonan. Pastikan Ibu jari adalah jelas.

Untuk dokumen sokongan secara pos, dokumen ini perlu dicetak pada kertas A4 dan diklip bersama borang permohonan(bukan staple)


2) Dokumen Sokongan


  • Dokumen sokongan yang diperlukan adalah Mykad/ Tentera/ Polis ataupun MyPR. Salinan depan dan belakang diperlukan.
  • Penyata akaun/buku bank / Surah pengesahan bank mengenai butiran pemegang akaun. Akaun bank mestilah aktif.

3) Permohonan secara emel dan pos


Permohonan boleh dibuat secara emel ataupun Pos. Emel rasmi permohonan adalah

ilestarimohon@epf.gov.my

Alamat POS:

KWSP, Beg Berkunci No. 220, Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya ATAU melalui serahan di kaunter setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat dan kaunter KWSP telah dibuka semula.

Kredit: br1m.info