Cara Membuat Semakan Bantuan YaPeim - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Wednesday, April 22, 2020

Cara Membuat Semakan Bantuan YaPeim



YaPEIM telah membuka permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 pada awal tahun yang lalu. Dana Inspirasi Malaysia ini yang juga dikenali sebagai Inspirasiku merupakan salah satu inisiatif terbaharu di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah YaPEIM. Inisiatif YaPEIM ini bagi membantu para pelajar sekolah memulakan sesi persekolahan dan persediaan awal untuk pelajar IPT sebelum menyambung pelajaran di institut pengajian tinggi tidak lama lagi.

Pihak kerajaan dan YaPeim yang begitu prihatin dengan masalah kewangan para pelajar yang kurang berkemampuan sama – sama berganding bahu melancarkan skim bantuan yang dikenali sebagai Dana Inspirasi Malaysia. Ia bertujuan meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh golongan pelajar ini. Seramai 40,000 orang pelajar sekolah dan juga institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan mendapat manfaat yang akan diberikan oleh YaPEIM dengan anggaran kos RM 40 juta. Untuk mendapatkan dana ini, ibu bapa pelajar perlu membuat permohonan mengikut kategori samada pelajar sekolah atau IPT.

Bagi ibu bapa yang telah membuat permohonan dana tersebut boleh mula membuat semakan di laman web rasmi YaPeim. Pemberian Dana Inspirasi Malaysia ini dilaksanakan secara berfasa, bagi permohonan yang gagal, pemohon boleh mengemukakan permohonan semula pada fasa selanjutnya. Keutamaan bantuan ini adalah untuk golongan B40 di Malaysia. Para ibu bapa boleh membuat permohonan untuk setiap anak yang sedang belajar samada di sekolah atau IPT dan borang permohonan perlu dihantar secara berasingan.

Kadar Bantuan


  • Pelajar sekolah (rendah dan menengah) akan menerima bantuan sebanyak RM 500
  • Pelajar IPT akan menerima bantuan sebanyak RM 1,000

 semakan dana inspirasi Malaysia online

Cara Semakan Permohonan Dana Inspirasi Malaysia 2020 Online



  1. Layari laman web YaPEIM di http://eamal.yapeim.my/semakan/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-) dan klik butang Semak
  3. Keputusan akan dipaparkan samada Diluluskan, Tidak Lulus atau Sedang Diproses
  4. Sekiranya status permohonan anda Sedang Diproses, bermakna borang yang dihantar secara manual dalam proses imbasan serta muat naik ke dalam sisitem
  5. Tarikh semakan permohonan boleh dibuat mulai 16 Mac 2020
  6. Sekiranya permohonan anda Gagal, pemohon boleh membuat permohonan semula setelah fasa 2 dibuka

Pemohon yang berjaya akan menerima bantuan secara tunai atau dikreditkan terus ke akaun bank dan kaedah pembayaran bantuan akan dimaklumkan setelah permohonan diluluskan. Pada peringkat fasa 1, bantuan diberikan kepada pelajar sekolah sebagai persediaan awal persekolahan. Walau bagaimana pun bagi pelajar IPT, pengumuman pembayaran akan dibuat oleh YaPEIM setelah mempunyai tarikh yang sesuai untuk diumumkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak YaPEIM di talian 0327172717 atau hantarkan emel kepada info@yapeim.my