CARA DAN TARIKH PENUNAIAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL DI KAUNTER BSN - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Friday, April 17, 2020

CARA DAN TARIKH PENUNAIAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL DI KAUNTER BSN



CARA DAN TARIKH PENUNAIAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL DI KAUNTER BSN BAGI B40


Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Penunaian Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan tarikh penunaian :

CARA DAPATKAN NOMBOR SIRI BPN BAGI B40


Sekiranya paparan di portal Bantuan Prihatin Nasional menunjukkan tiada akaun atau status adalah GAGAL Kredit, pembayaran akan dilakukan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional sahaja. Penunaian boleh dibuat dengan membawa MyKad dan Nombor Siri yang dipaparkan pada Maklumat Pembayaran. Semakan nombor siri boleh dibuat di laman web Bantuan Prihatin Nasional https://bpn.hasil.gov.my.
Cara dan Tarikh Penunaian Bantuan Prihatin Nasional Di Kaunter BSN Bagi B40


CARA DAN TARIKH PENUNAIAN BPN DI KAUNTER BSN


Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah Nombor Siri wujud pada paparan Maklumat Pembayaran dan penunaian boleh dibuat di Kaunter BSN mulai 17 April 2020. Penerima perlu membuat penunaian di Kaunter BSN selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020. Pastikan anda membawa kad nombor pengenalan dan Nombor Siri BPN untuk ditunaikan.

Bagi penerima yang tidak dapat hadir atau meninggal dunia wakil atau waris anda perlu sertakan beberapa dokumen yang diperlukan semasa mewakilkan penerima bagi penunaian Bantuan Prihatin Nasional. Antaranya iaitu :

  • Sijil kematian (asal atau salinan) penerima
  • Kad pengenalan asal atau salinan penerima
  • Kad pengenalan asal wakil
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan wakil /waris

Senarai Cawangan BSN Yang Beroperasi

Cawangan BSN terpilih akan beroperasi pada hujung minggu ini seperti berikut:

(a) Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dibuka pada 17 April dan 18 April (Jumaat dan Sabtu) – 9:30 pagi hingga 3:00 petang.

(b) Negeri-negeri selain Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dibuka pada 18 April dan 19 April (Sabtu dan Ahad) – 9:30 pagi hingga 3:00 petang.

(c) Sabah dan Sarawak dibuka pada 18 April dan 19 April (Sabtu dan Ahad) – 9:00 pagi hingga 2:00 petang.

Senarai cawangan BSN yang akan beroperasi pada hujung minggu ini boleh disemak di www.mybsn.com.my.

Cara dan Tarikh Penunaian Bantuan Prihatin Nasional Di Kaunter BSN Bagi B40
Cara dan Tarikh Penunaian Bantuan Prihatin Nasional Di Kaunter BSN Bagi B40
BACA JUGA :