Bantuan Zakat Mengikut Negeri - Sempena Wabak Covid - 19 - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Wednesday, April 15, 2020

Bantuan Zakat Mengikut Negeri - Sempena Wabak Covid - 19



Berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan fasa 3 iaitu pada 15 April hingga 28 April 2020 , saya yakin ramai yang terkesan dengan situasi ini . Oleh itu , berikut merupakan senarai pusat zakat dimana anda boleh membuat permohonan untuk mengurangkan beban anda .

BANTUAN ZAKAT COVID - 19

Permohonan ini terbuka untuk kalangan yang tergolong dalam kelompok B40 (gaji dan pendapatan isi rumah RM4,360 sebulan) , asnaf fakir dan miskin , gaji pendapatan terjejas ataupun yang terputus gaji dan pendapatan sahaja .
Syarat khusus boleh semak di bawah mengikut pusat zakat negeri masing-masing .

1. PUSAT ZAKAT SELANGOR

Bantuan ini adalah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui borang BKC19 ini sesuai untuk anda mohon jika anda menganut agama Islam, merupakan warganegara Malaysia atau pemegang kad PR dan tinggal di Selangor serta terjejas gaji dan pendapatan kerana wabak COVID 19

  • Pautan permohonan online : KLIK SINI
  • Nombor Telefon Hotline Untuk Pertanyaan : 1-300-88-4343
  • Jumlah Pembayaran : Antara RM200 hingga RM500

2. PUSAT ZAKAT PULAU PINANG

Kepada peniaga dan penjaja di Pulau Pinang yang terjejas dengan wabak COVID 19 ini, boleh semak jadual di bawah ini :

  • Pautan Permohonan online : KLIK SINI
  • Nombor Telefon Hotline : 018 399 4313 , 018 989 9974 , 018 989 9975

3. PUSAT ZAKAT KUALA LUMPUR & LABUAN

Butiran ini diumumkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur (MAIWP) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ)

  • Cara permohonan baru : KLIK SINI

  • Tarikh tutup Permohonan : Dibuka sepanjang masa
  • Nombor Telefon Hotline : 1-300-88-5757
  • Jumlah Pembayaran : RM300

4. PUSAT ZAKAT SABAH

Butiran ini diumumkan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

  • Pautan Permohonan online : KLIK SINI
  • Tarikh tutup Permohonan : DIBUKA sepanjang masa

Senarai Bantuan dan Jumlah Pembayaran :

Bantuan Khas kepada fakir miskin muallaf di sabah sebanyak RM100 secara one-off
Tambahan RM150 kepada penerima bantuan bulanan daripada Majlis Ugama Islam Sabah MUIS
Bantuan RM1,500 kepada waris kepada yang mati meninggal dunia kerana wabak COVID 19
Nombor Telefon Hotline :
OPERASI : 016 3546022
AGIHAN : 014 8684857 / 0163017300
PUNGUTAN : 019 5898748

5. PUSAT ZAKAT PAHANG

Butiran ini diumumkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 

  • MUIPPautan Permohonan online : KLIK SINI
  • Nombor Telefon Hotline : 09-4221311 , 011-30163882
  • Jumlah Pembayaran : RM200

6. PUSAT ZAKAT MELAKA

Butiran ini diumumkan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
  • Cara permohonan baru : www.izakat.com
  • Tarikh tutup Permohonan : Dibuka sepanjang masa
Jumlah pembayaran dan bantuan :
Bantuan Makanan Bulanan Tambahan kepada yang memerlukan
Bantuan Makanan Kecemasan kepada yang sudah pun mengalami masalah tidak dapat atau tidak mampu beli bekalan makanan
Bantuan tunai setiap bulan dipercepatkan
Nombor Telefon Hotline : 06-281 2443

7. PUSAT ZAKAT KELANTAN

Butiran ini diumumkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

  • Cara permohonan baru : KLIK SINI
  • Tarikh tutup Permohonan : Dibuka sepanjang masa
Jumlah pembayaran & bantuan :
Bantuan barang makanan bernilai RM100 secara percuma
Dapatkan bantuan khas untuk golongan asnaf yang boleh diperoleh di masjid di jajahan Kelantan yang terjejas kerana COVID 19 ini
Nombor Telefon Hotline : 09-7443660

8. PUSAT ZAKAT TERANGGANU

Untuk Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mereka telah umumkan , jika ada mana-mana daripada anda perlukan bantuan segera untuk beli barang keperluan atau makanan asas , mereka sendiri akan hantar barang tersebut ke rumah anda ataupun mereka gantikan dalam bentuk wang tunai.
Semua ini akan diuruskan oleh pauskan ‘On Call COVID-19 MAIDAM’ mereka.
Boleh terus hubungi mereka di nombor tertera , 09-630 3030

9. PUSAT ZAKAT PERAK

Butiran ini diumumkan oleh Majlis Agama Islam Perak (MAIPK)

Senarai Bantuan :

  • Bantuan Kotak Makan (Tambahan)
  • Bantuan Khas Modal Pusingan untuk usahawan peniaga dan penjaja
  • Bantuan Pelajar Malaysia di Indonesia, Jordan Mesir dan lain2 untuk tujuan kebajikan
  • Batuan sebanyak RM2 ribu kepada yang kena cuti tanpa gaji, kena berhenti kerja atau lain-lain yang menyebabkan gaji dan pendapatan anda terjejas
  • Bantuan kepada pelajar universiti awam dan IPT swasta di Perak yang terkandas sepanjang PKP

Cara Permohonan Baru :
Hubungi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) daerah anda untuk permohonan
Hotline : 05-208 4000

10. PUSAT ZAKAT JOHOR

Butiran ini diumumkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)

Cara permohonan :

  • Anda perlu hantar permohonan kepada ketua kampung dan penghulu tempat anda masing-masing dengan memberikan salinan kad pengenalan ketua keluarga atau golongan bujang yang tiada tanggungan tetapi terjejas dek kerana wabak COVID 19 ini dan alamat terkini.
  • Permohonan yang anda hantar akan dislaurkan secepat mungkin melalui Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah
  • Jumlah pembayaran dan bantuan :
  • Bantuan barangan keperluan asas bernilai RM100 kepada orang kurang upaya OKU di Johor
  • Bantuan pemberian barang keperluan asas bernilai RM100 kepada kalangan pelajar tahfiz di Johor yang tidak dapat keluar ke mana mana sepajang perintah kawalan pergerakan PKP
  • Bantuan tunai bernilai RM500 kepada peniaga dan penjaja di negeri Johor
  • Bantuan pelajar Johor yang sedang sambung belajar di Jordan (RM300 tunai) dan Mesir (RM200 tunai) sebanyak
  • Bantuan kewangan bulanan atau bantuan sara hidup negeri Johor ditambah secara one off sebanyak RM100
  • Bantuan untuk yang hilang gaji dan pendapatan sepanjang wabak COVID 19 sebanyak RM100 one off
  • Bantuan RM1000 untuk yang sah positif COVID 19 di Johor
  • Bantuan RM2000 kepada waris untuk yang mati meninggal dunia kerana COVID 19
  • Bantuan yang kena kuarantin di bawah Jabatan Kesihatan negeri Johor sebanyak RM100 barangan kepelruan asas
  • Nombor Telefon Hotline : 07-228 2999

11. PUSAT ZAKAT SARAWAK

Butiran ini diumumkan oleh Majlis Islam Sarawak (MIS)

  • Cara permohonan baru : KLIK SINI
  • Jumlah pembayaran dan bantuan :
  • Bantuan tunai sebanyak RM100 kepada golongan bujang yang layak di Sarawak untuk beli barangan keperluan
  • Bantuan tunai sebanyak RM250 diberikan kepada ketua keluarga yang untuk kegunaan diri sendiri dan tanggungannya
  • Bantuan makanan dan barangan keperluan dari baitulmal Sarawak seperti pemberian air minuman botol, beras, kopi, teh, berus gigi, sabun, ubat gigi dan lain-lain diberikan kepada yang layak lagi
  • Cara hubungi : admin@tbs.org.my atau Facebook Rasmi TBS (Tabung Baitulmal Sarawak)

PANDUAN MEMOHON


1) Pastikan dokumen yang lengkap diisi dan dilengkapkan dengan maklumat yang tepat dan yang terkini
2) Jangan biarkan kesilapan ketika mengisi borang . Semak berkali-kali sebelum hantar
3) Jangan biarkan kesilapan kecil, menyebabkan anda tidak dapat bantuan yang diharapkan pada waktu dan ketika memerlukannya yang mana akhirnya permohonan anda terpaksa ditolak .
P/S: Jika anda informasi penting untuk dikongsikan dengan isteri atau suami atau ahli keluarga tersayang anda , KONGSIKAN di Facebook dan Whatapps mereka . Semoga semua dapat bantuan yang diperlukan ini !
P/S: Maklumat ini akan di kemaskini dari masa ke semasa jika berlaku perubahan atau penambahan untuk Negeri yang belum tersenarai .
PP/S: Satu lagi , disebabkan PKP FASA 3 dilanjutkan selepas pengumuman rasmi Perdana Menteri Malaysia , akan ada lagi pengumuman bantuan yang akan diumumkan pusat zakat seluruh Malaysia nanti . Jadi nantikan kemaskini daripada Mypt3 di halaman ini .