Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2.0 - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Wednesday, April 15, 2020

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 2.0

Penjaja & peniaga kecil yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan adalah layak untuk menerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) berjumlah RM1500. Pembayaran berjumlah RM750 akan dibuat dalam dua fasa. Fasa pertama adalah pada Mei 2020, manakala fasa terakhir adalah pada Ogos 2020.
Pembayaran berjumlah RM750 akan dibuat dalam dua fasa. Fasa pertama adalah pada Mei 2020, manakala fasa terakhir adalah pada Ogos 2020.


Jika belum ada akaun Sarawak Pay, muat turun aplikasi Sarawak Pay di sini:
Google Play Store: http://bit.ly/sarawakpayandroid
App Store: http://bit.ly/sarawakpayiOS

Ikuti cara-cara di bawah untuk mendaftar dengan Sarawak Pay:

Sekiranya anda belum mendaftar Sarawak Pay untuk perniagaan anda, sila ikuti cara-cara di bawah:

Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi perkhidmatan pelanggan di 1-300-88-7722 atau emel di customerservice@sarawakpay.gov.my

Soalan Lazim


1. Siapakah yang layak mendapat Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)?
Buat masa ini, pihak Sarawak Pay masih menunggu pengesahan senarai nama penerima BKSS dari Kerajaan Negeri Sarawak.

2.Berapakah jumlah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS)?
RM1500 bagi setiap pemilik perniagaan berdaftar. Pembayaran berjumlah RM750 akan dibuat dalam dua fasa. Fasa pertama adalah pada Mei 2020, manakala fasa terakhir adalah pada Ogos 2020.


3. Sekiranya saya layak, bagaimana caranya untuk menerima bayaran?
Anda akan menerima teks mesej (SMS) dari 62999 (Kerajaan Negeri Sarawak) untuk memaklumkan bahawa anda layak. Sila pastikan perniagaan anda telah berdaftar dengan Sarawak Pay. Klik pautan www.sarawakpay.gov.my untuk maklumat lebih lanjut


4.Bagaimana sekiranya saya layak, tetapi tidak mempunyai akaun Sarawak Pay?

Anda boleh muat turun aplikasi Sarawak Pay dari Google Playstore atau Apple App Store dan daftar secara online. Ikut pautan laman web www.sarawakpay.gov.my di dalam teks mesej (SMS) untuk maklumat lanjut.