Permohonan IPG Online Untuk Lepasan SPM 2020 - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Tuesday, March 3, 2020

Permohonan IPG Online Untuk Lepasan SPM 2020

PISMP: Permohonan IPG Online Untuk Lepasan SPM 2020


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dibuka semula untuk tahun ini pada 24 Februari sehingga 31 Mac 2020.

Berita baik kepada lepasan SPM yang bercita-cita untuk menjadi guru. Jangan lepaskan peluang ini!

PISMP adalah satu program guru yang ditaja oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pelajar-pelajar lepasan SPM.

Calon akan menjalani Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP) selama setahun di IPG yang ditetapkan untuk calon.

Calon akan diberikan sijil tamat PISMP jika berjaya menjalani program tersebut lalu diberi tawaran untuk kemasukan ke PISMP dengan tempoh 4 tahun (sepenuh masa).


SYARAT KELAYAKAN PISMP 2020

Syarat kelayakan untuk program ini ialah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Syarat kelayakan dalam akademik ialah :
  • Mendapat gred (A- / A / A+) untuk lima (5) mata pelajaran di peringkat SPM
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu dan Sejarah
  • Wajib lulus Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan
Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan untuk maklumat lebih lanjut.

Untuk calon yang memohon dalam bidang Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, anda dikehendaki untuk menduduki ujian amali dan lulus ujian tersebut.

Ini adalah bidang pengkhususan yang ditawarkan mengikut jenis sekolah :

  • Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Muzik
  • Sejarah
  • Pendidikan Jasmani
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Bimbingan dan Kaunseling
Rujuk di sini untuk bidang pengkhususan PISMP untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN LEPASAN SPM

Sebelum layak ke program PISMP, pelajar hendaklah memohon untuk kemasukan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruaan (PPISMP) selama setahun/dua semester di IPG yang telah ditetapkan oleh KPM.

Calon akan diberikan sijil tamat PPISMP jika lulus dan diberi tawaran menjalani pengajian PISMP selama 4 tahun di IPG yang ditetapkan.

Program PPISMP dan PISMP dijalankan secara sepenuh masa.

Sebab pemohon tidak layak untuk memohon program PISMP :

  • Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

ELAUN SARA HIDUP IPG

Berdasarkan sumber yang dirujuk, tiada elaun diberikan kepada pelajar IPG bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) yang menyambung pengajian ke peringkat Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP).

Walau bagaimanapun, yuran pengajian berjumlah RM27,831 akan ditanggung oleh pihak kerajaan sepenuhnya dalam tempoh pengajian (4 tahun).


Info terkini :

Pelajar untuk program PISMP akan diberikan elaun sebanyak RM430 sebulan.

PERMOHONAN IPG ONLINE



Kaedah untuk memohon kemasukan ke Insitut Pendidikan Guru (IPG) secara online :

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 19 Mac 2019.
  • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
  • Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima rujukan.
  • Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.Sila layari portal rasmi PISMP ini untuk maklumat lebih lanjut: https://pismp.moe.gov.my/index.cfm

Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian tersebut :

No. Telefon : 03-8312 6720/6730/6768/6627/6758/6693/6733/6731/6769/6761/6689/6760

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan membantu anda semua.