Bantuan Prihatin Nasional: Permohonan, Pembayaran & Semakan Status - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Sunday, March 29, 2020

Bantuan Prihatin Nasional: Permohonan, Pembayaran & Semakan Status

Bantuan Prihatin Nasional: Permohonan, Pembayaran & Semakan Status


PM baru sahaja mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi sebentar tadi.

Bantuan secara one-off ini akan dibayar bermula April dan Mei 2020 melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion.

JUMLAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL


  • Terdapat empat kategori penerima iaitu:
  • Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
  • Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40)
  • Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
  • Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas

Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah.


RM1,000 akan dibayar pada April baki RM600 akan dibayar Mei 2020.

Dan buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan

RM500 akan dibayar pada April, baki RM500 dibayar Mei.

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan dibantu RM800 di bawah skim ini.

Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke atas turut dapat RM500 iaitu RM250 pada April manakala baki pada bulan Mei.

Selain itu, para pelajar juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti.

CARA MOHON

Buat masa sekarang, Kementerian Kewangan belum memaklumkan secara rasmi bagaimana untuk memohon Bantuan Prihatin Nasional.

Namun berdasarkan satu temu bual ekslusif bersama Menteri Kewangan, beliau memaklumkan Kerajaan mempunyai database B40 dan M40 yang layak.

Kerajaan akan kreditkan wang BPN terus ke akaun masing-masing pada tarikh yang ditetapkan nanti.

Notis rasmi telah dikeluarkan di portal rasmi BSH mengatakan kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada melalui portal Kementerian Kewangan atau portal rasmi BSH.



INI LINK VIDEO TEMUBUAL LENGKAP. SILA TONTON UNTUK KEFAHAMAN

[+] https://www.facebook.com/BeritaRTM/videos/150310952958284/

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI

Turut diumumkan penangguhan PTPTN dari 3 bulan kepada 6 bulan.

Selain itu, mySalam turut menyediakan bantuan RM50 sehari kepada B40 yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.

Penjawat awam dan pesara kerajaan turut diberikan bantuan RM500 pada April nanti.

Tarikh pembayaran setiap bantuan ini akan diumumkan nanti.

Berita lanjut menyusul…