8,024 kekosongan pembanci sambilan di Sarawak - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Thursday, February 20, 2020

8,024 kekosongan pembanci sambilan di Sarawak

MAKLUMAT PEMBANCI SAMBILAN:
KUCHING: Sebanyak 8,024 kekosongan jawatan sambilan sebagai pembanci ditawarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020) di Sarawak.
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah mengalu-alukan orang ramai terutama mereka yang berminat untuk mengisi jawatan tersebut.
"Sebagai pembanci, saya percaya ia merupakan pengalaman yang amat berguna dan tidak dapat dilupakan. Ia adalah pengalaman pembelajaran di mana anda turun padang dan melihat sendiri keadaan di lapangan.
"Oleh itu, kita mengalu-alukan orang ramai terutama bagi mereka yang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memohon menjadi pembanci dalam tempoh tiga minggu sempena pelaksanaan Banci 2020 pada 7 Julai 2020," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima kunjungan daripada DOSM Sararawak berhubung pelaksanaan Banci 2020 di Bilik Perbincangan 1, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) di sini, hari ini.
Menurut Fatimah, bayaran yang diberikan untuk jawatan sambilan itu adalah sebanyak RM54 sehari, dan mereka yang berjaya mendapat jawatan itu akan diberi latihan tentang perkara-perkara berkaitan bancian.
"Orang ramai yang berminat untuk memohon jawatan ini, boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.mycensus.gov.my atau pun mengikuti Facebook, Twitter dan Instagram untuk program berkaitan banci termasuk pengambilan kerja sambilan," jelasnya.

Terdahulu, Timbalan Pengarah DOSM Sarawak, Dayang Rozana Abang Hassan memberitahu operasi MyCensus Negeri Sarawak akan merangkumi 40 daerah pentadbiran.

"Malahan, kita juga akan ada dua timbalan pesuruhjaya, 47 penolong pesuruhjaya, 109 penguasa daerah, 1,129 penyelia dan 8, 024 pembanci.
"Untuk jawatan penyelia dan pembanci itu, kita akan ambil daripada luar di mana ini akan membuka peluang pekerjaan kepada sesiapa yang mahu mendapat pengalaman sebagai pembanci," katanya.
Dayang Rozana turut memberitahu terdapat lima kaedah pembancian digunakan dalam pelaksanaan Banci 2020.
Kaedah pertama adalah melalui e-census dengan melayari mycensus.gov.my dan mengisi borang responden, selain melalui 'Computer Assisted Personal Interview' (CAPI) yang digunakan pembanci sama ada melalui telefon pintar atau tablet sendiri.
Kaedah ketiga ialah 'Computer Assisted Telephone Interview' (CATI) yang mana pegawai tetap DOSM Negeri akan menghubungi responden manakala kaedah keempat adalah 'Paper Assisted Personal Interview' iaitu menggunakan borang selidik.
"Kaedah kelima pula adalah 'Drop Off and Pick Up' (DOPU). Kaedah ini untuk kawasan perumahan yang tidak ada orang dan kita akan tinggalkan borang soal selidik besertakan surat yang memaklumkan akan mengambil (borang) itu dalam masa seminggu,” ujarnya lagi.

Untuk Memohon,Rujuk Pautan Dibawah:





  • 1. Warganegara Malaysia yang memenuhi cukup syarat dan lepasan SPM adalah dipelawa untuk memohon.
    • 2. Pemohon haruslah mengisi maklumat lengkap diri 
    • 3. Tarikh tutup permohonan ini adalah untuk memohon menjadi pembanci dalam tempoh tiga minggu
    • 4. Untuk maklumat lanjut & syarat-syarat kelayakan jawatan ini, sila lihat sini : KLIK SINI