Pendaftaran Skim Rumah Pertamaku (SRP) Untuk Pekerja Sektor Swasta - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Saturday, January 11, 2020

Pendaftaran Skim Rumah Pertamaku (SRP) Untuk Pekerja Sektor Swasta


PENGENALAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan pada pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri ketika itu.Tujuan utama adalah untuk membantu golongan muda yang baru mula kerja untuk memiliki rumah pertama.Melalui skim ini, kerajaan akan membiayai pembelian rumah pertama anda tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan.Namun ianya khas untuk pekerja di sektor swasta yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.Dan nilai rumah yang ingin dibeli hendaklah bermula dari RM100,000 sehingga maksimum RM500,000 sahaja.

PENDAFTARAN SKIM RUMAH PERTAMAKU SRP



Sebelum memohon, anda mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja di sektor swasta, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
  • Berumur tidak lebih daripada 40 tahun
  • Pendapatan kasar peminjam perseorangan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)
  • Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah
Keperluan Pembiayaan
  1. Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan.
  2. Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
  3. Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  4. Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
  5. Harta Yang Layak
  6. Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
  7. Nilai minimum hartanah RM100,000
  8. Nilai maksimum hartanah RM500,000
  9. Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Sekiranya layak, anda boleh isi borang permohonan di bank-bank terlibat antaranya:




Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat seperti di atas. Atau, anda boleh layari Portal Skim Rumah Pertamaku (SRP) melalui pautan di bawah untuk maklumat lanjut.Anda juga boleh layari portal rasmi Skim Rumah Pertamaku di srp.com.my