Cara - Cara Semak Online Saman JPJ, Polis Trafik & AES Tahun 2020 - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Friday, January 3, 2020

Cara - Cara Semak Online Saman JPJ, Polis Trafik & AES Tahun 2020

Boleh ke anda semak saman online?


Jawapannya ialah boleh! Berikut kami kongsikan penerangan cara semak saman JPJ, Polis Trafik (PDRM) atau AES secara online dan SMS.

Bukan hanya semak saman, anda juga dapat membuat pembayaran saman secara dalam talian sahaja. Anda tidak lagi mengalami kesesakan untuk beratur panjang-panjang di kaunter saman semata-mata untuk membayar saman.

DISKAUN BAYARAN SAMAN



Untuk pengetahuan anda, pihak PDRM sebelum ini telah menyediakan diskaun bayaran saman kepada rakyat sehingga 50% bersempenakan Hari Polis di seluruh Malaysia.


Pihak JPJ pula memberi potongan diskaun sebanyak 70% bersempenakan ulang tahun JPJ ke-72 di seluruh Malaysia.


Walau bagaimanapun, empat kesalahan ini tidak layak sama sekali untuk diberikan diskaun, kesalahan tersebut ialah:


1. Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)
2. Saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
3. Saman Berat Dengan Muatan (BDM)
4. Saman MahkamahSaman membabitkan warga asing


Anda juga boleh terus ke cawangan pejabat PDRM / JPJ yang berdekatan dengan anda untuk membuat pertanyaan maklumat dengan lebih lanjut tentang diskaun saman tersebut.



Kemaskini 7 November: Diskaun 50% untuk Saman Trafik Bermula Hari Ini!


Pemberitahuan yang baik di mana bersempenakan Hari Bersama Pelanggan Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengadakan pemberian diskaun sebanyak 50% bagi saman trafik bermula hari ini hingga 9 November ini dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.


Pembayaran saman dapat dilakukan di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur dan di TMpoint Bukit Raja, Jalan Meru, Klang pada tarikh dan masa yang sama.


Kemas
kini 19 Disember 2018: Potongan 50% untuk Bayaran Saman Trafik Di IPD Kubang Pasu.



Bersempenakan Program Bersama Pelanggan di IPD Kubang Pasu, anda dapat melakukan pembayaran saman pada kadar potongan sebanyak 50% diskaun bermula 19 hingga 20 Disember ini.


Aktiviti pembayaran dapat dilakukan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.


Walau bagaimanapun, diskaun tersebut tidak dapat direkod untuk jenis-jenis saman tertentu seperti Saman Kemalangan Tahun Semasa, Saman Berstatus NC, Saman Berstatus Waran Tahun Semasa, Saman Dalam Perbicaraan dan Saman Berkaitan Lori.


Diskaun Saman Sempena Bulan Kemerdekaan




Bersempenakan dengan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyediakan penawaran potongan bayaran saman sehingga 50 peratus untuk pelbagai jenis saman trafik yang layak mendapat diskaun bayaran.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata tentang hal ini, enam kaunter akan disediakan untuk orang ramai melakukan semakan dan bayaran saman yang beroperasi bermula pada pukul 8 pagi hingga 6 petang, pada 3 dan 4 Ogos di Dataran Pahlawan, lokasi untuk aktiviti tersebut.

CARA SEMAK SAMAN ONLINE




Ada tiga kaedah untuk melakukan semakan saman online.

1 — SEMAK SAMAN MYEG

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh pihak (MyEG) ialah semakan untuk saman dari pihak JPJ, PDRM, AES dan perkhidmatan untuk melakukan pembaharuan insurans untuk kenderaan milik individu.


Untuk melakukan semakan saman, anda boleh:


1. Layari laman web rasmi (MyEG) di https://www.myeg.com.my/.
2. Selepas itu, daftar masuk dengan menggunakan maklumat  yang telah berdaftar sebelum ini (jika belum daftar sebagai pengguna sila daftar dahulu)
3. Layari pautan e-Services dalam laman web dan pilih untuk melakukan semakan saman sama ada dari pihak PDRM / JPJ / AES.
4. Kemudian rekod saman anda akan tersenerai,
jika ingin melakukan pembayaran saman, anda boleh terus melakukan pembayaran secara dalam talian.


Selain dari semakan saman, perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh pihak (MyEG) ialah perkhidmatan untuk melakukan pembaharuan untuk insurans kenderaan milik individu dan melakukan pembayaran zakat bagi orang Muslim.

2 — SEMAK SAMAN  JPJ & AES


Anda dapat melakukan semakan untuk semua saman dari pihak JPJ termasuklah AES dalam portal rasmi JPJ. Anda hanya dikehendaki untuk memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor flat kenderaan sahaja dan tidak perlu untuk mendaftar sebagai pengguna portal rasmi tersebut.


Cara-caranya ialah:
1. Layari portal rasmi untuk melakukan semakan saman JPJ. (klik sini)
2. Anda boleh pilih sama ada mahu memasukkan nombor ID sahaja atau nombor ID dan nombor flat kenderaan sekali gus.
3. Tekan butang 'Semak' dan seterusnya sistem akan menunjukkan rekod saman jika anda mendapat saman dari pihak JPJ / AES.


Baca: Senarai Penuh Lokasi AES Seluruh Malaysia


Berikut merupakan untuk penerangan saman JPJ / AES:


JPJ – Rekod untuk notis/saman akan dikenakan ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya.
AES – Satu sistem pengesan dan dapat merakam secara langsung bagi kesalahan lalu lintas yang dilakukan dengan menggunakan alat pengesan yang dipasang di kawasan jalan raya dan perakam untuk imej kesalahan dengan menggunakan kamera berteknologi tinggi. (dalam bentuk gambar dan video).


Selain itu, anda juga dapat melakukan semakan nombor plat terkini di portal rasmi JPJ.


SEMAK SAMAN RILEK

Terdapat lagi satu portal yang memudahkan anda untuk melakukan semakan saman secara online adalah portal RILEK.


RILEK juga ada menyediakan banyak diskaun saman. Baru-baru ini, mereka memberikan potongan diskaun sebanyak 10% untuk pembayaran saman PDRM melalui  portal RILEK.


Anda juga dapat melakukan semakan untuk status insolvensi dan saman DBKL di portal RILEK. Caranya ialah:
1. Layari portal rasmi RILEK di https://www.rilek.com.my/
2. Melakukan pendaftaran sebagai pengguna portal RILEK.
3. Daftar masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan dalam portal RILEK.
4, Kemudian, tekan pada pautan “Search By” dan pilih sama ada untuk semak saman JPJ atau Polis.
5. Isi butiran yang dikehendaki dan tekan butang Semak.


RILEK juga ada menyediakan perkhidmatan pembayaran secara online melalui perbankan dalam talian termasuk Maybank2U, CIMB Clicks, Public Bank dan sebagainya.

SSO PDRM


PDRM ada  menyediakan satu portal khas untuk memudahkan orang ramai melakukan semakan saman. Melalui sistem Sistem Semakan Online (SSO) ini, anda dapat melakukan semakan status saman anda dan status dalam pengambilan jawatan kosong PDRM yang terkini.


Layari https://sso.rmp.gov.my/ untuk maklumat lebih lanjut.

SEMAKAN SAMAN MELALUI SMS



Selain menyemak saman secara online, anda juga boleh semak saman melalui SMS. Caranya ialah:


Semak Saman Polis SMS
Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
Hantar ke 15888
Contoh: POLIS SAMAN AKU8055

Atau
Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
Hantar ke 15888
Contoh: POLIS SAMAN 860511057812


Semak Saman JPJ SMS
Taip JPJ Saman<jarak>No. KP
Hantar ke 15888
Contoh: JPJ Saman 860511057812


Atau

Taip JPJ Saman<jarak>No. Kenderaan
Hantar ke 15888
Contoh: JPJ Saman AKU8055
RAYUAN DISKAUN SAMAN


Saya ada banyak rekod saman yang berjumlah ribuan ringgit. Adakah saya dapat untuk membuat rayuan saman untuk kurangkan amaun saman yang perlu dibayar?


Sebelum ini jawapannya  anda boleh membuat rayuan. Namun sejak 22 Februari lepas, pihak Polis mengumumkan tiada sebarang rayuan diterima sehingga diumumkan oleh pihak Polis.


Oleh itu, pilihan terakhir anda untuk mengurangkan bayaran saman adalah melakukan pembayaran melalui portal yang memberi diskaun sebanyak 10% seperti portal rasmi RILEK.


Berikut adalah cara-cara untuk membuat rayuan diskaun saman PDRM sebelum ini:


1. Semak saman untuk mengetahui berapa jumlah rekod saman anda dan berapa jumlahnya dalam wang ringgit.
2. Kemudian,  SAMANCOPS akan melakukan semakan kompaun dan menyeneraikan berapa jumlah diskaun yang dapat diterima.
3. Jika anda bersetuju dengan jumlah yang dimaklumkan, anda dapat melakukan pembayaran terus.
4. Pembersihan rekod saman anda akan dikemas kini dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran dilaksanakan.



Antara rayuan saman yang diterima adalah:
1. Saman BLACKLISTED
2. Saman WARAN
3. Saman SPEEDING
4. Saman NO-PARKING
5. Saman KEMALANGAN
6. Semua jenis saman yang direkodkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia termasuk Trafik, MPV atau GD.


Saya berharap penerangan ini dapat membantu anda dalam melangsaikan segala hutang saman yang perlu dibayar. Jika info ini dapat memberi faedah dan berguna, sila viralkan atau war-warkan di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.