Cara - Cara Memohon Online & Kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2020 - My Portal Jawatan

Breaking

Display Ads


JOIN TELEGRAM

Newsletter

Monday, December 23, 2019

Cara - Cara Memohon Online & Kemaskini Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2020

Adakah anda merupakan salah seorang pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH)? Tahukah anda, bahawa anda mestilah mengemaskini maklumat anda untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup Tahun 2020?


APA ITU BANTUAN SARA HIDUP (BSH)?




Untuk pengetahuan anda bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah dijenamakan semula kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR). Seiring dengan janji sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, bantuan kewangan ini dijangka bakal diteruskan oleh kerajaan Malaysia pada tahun-tahun mendatang.

Bantuan kewangan yang mula diperkenalkan pada Tahun 2012 ini adalah khusus kepada golongan B40, iaitu individu atau keluarga yang berpendapatan rendah bagi mengurangkan beban kewangan mereka setelah beberapa subsidi bahan harian dimansuhkan oleh kerajaan.

Menurut bekas perdana menteri Malaysia, pemberian BSH merupakan saranan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengubah mekanisme pemberian subsidi secara pukal kepada subsidi bersasar yang mampu mengurangkan ketirisan. Kini setelah 6 tahun diperkenalkan, BSH sudah menjadi kelaziman buat rakyat Malaysia asbab dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2019 baru-baru ini, terdapat tiga kategori penerima BSH iaitu:

  • kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah diberikan sebanyak RM1,000.00
  • kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000 diberikan sebanyak RM750.00
  • kategori isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 diberikan sebanyak RM500.00
BSH diberikan dalam bentuk kredit ke akaun bank penerima dan juga secara baucar yang akan diberikan kepada penerima secara berperingkat.

KENAPA ANDA PERLU KEMASKINI MAKLUMAT BSH ANDA?

  • Untuk memastikan bantuan dapat diberikan kepada yang memerlukan kerana terdapat beberapa perubahan dan tambahan syarat kelayakan BSH seperti kadar tambahan jumlah bantuan kepada anak.
  • Untuk mengelakkan daripada permohonan lambat atau tidak diproses akibat daripada maklumat seperti alamat, nombor IC / Mykad dan akaun bank yang diberikan tidak tepat dan terkini
  • Pengemaskinian maklumat waris supaya jika berlakunya kematian penerima sedia ada, pembayaran Skim Khairat Kematian (SKK) dan baki BSH dapat dilaksanakan dengan mudah
MAKLUMAT YANG PERLU ANDA DIKEMASKINI
  • Maklumat pemohon. Pastikan nombor telefon adalah tepat untuk kegunaan log masuk MyBSH
  • Anggaran pendapatan kasar bulanan
  • Maklumat pasangan. Sila nyatakan anggaran pendapatan kasar bulanan pasangan
  • Status perkahwinan. Jika kematian/perceraian, sila nyatakan tarikh kematian/perceraian
  • Maklumat anak. Terhad kepada empat orang anak sahaja
  • Maklumat bank. Pastikan anda pilih bank yang masih aktif. Jika akaun tidak sah atau pindahan tidak berjaya,
  • Bank Simpanan Nasional (BSN) akan membuka akaun tertakluk kepada terma dan syarat
  • Dokumen sokongan yang diperlukan. Terhad kepada enam dokumen sahaja dan tidak melebihi 3Mb untuk setiap fail
  • Maklumat waris
BILA PERLUNYA ANDA KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP INI?

  • Penerima sedia ada BSH tidak perlu mengemukan permohonan baru
  • Sekurang-kurangnya sekali pengemaskinian dalam tempoh 3 tahun
  • Penukaran maklumat peribadi seperti alamat dan nombor telefon
  • Perubahan status perkahwinan, kematian pasangan/tanggungan dan perubahan waris.


CARA MUDAH KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2020 ONLINE



Kementerian Kewangan Malaysia telah menyediakan dua kaedah bagi tujuan pengemaskinian BSH pada tahun lepas iaitu:
  1. Kaedah secara dalam talian (online)
  2. Kaedah menggunakan borang manual
Sila pilih satu sahaja kaedah pengemaskinian supaya tidak berlaku duplikasi atau pentindihan maklumat.

KEMASKINI BSH SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)



  1. Sila klik pada pautan ini untuk mengemaskini maklumat anda
  2. Isikan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang mohon TAC dan anda akan dapat enam digit nombor TAC
  4. Masukkan nombor TAC dan tekan butang hantar. Nombor TAC sah selama 24 jam sahaja
  5. Sila klik pada butang kemaskini untuk membuat kemaskini maklumat
  6. Sila kemaskini maklumat yang diperlukan dan tekan butang hantar jika sudah lengkap
  7. Isi Kod Captcha yang dipaparkan dan tekan bukan Sahkan Captcha untuk membuat pengesahan maklumat
  8. Tandakan ‘Tick’ pada kotak di paparan seterusnya untuk membuat pengakuan terhadap Nama Pemohon dan Nombor Pengenalan bagi pengesahan pengenalan
  9. Tekan butang Hantar untuk menyelesaikan proses kemaskini
Untuk maklumat lanjut, sila klik dua link yang disediakan di bawah:
Nota Kemaskini : Bagi tahun 2020 akan dikemaskini sebaik diumumkan.

KEMASINI BSH KAEDAH BORANG (MANUAL)

Borang manual kemaskini maklumat BSH boleh didapatkan percuma di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan atau boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi BSH Hasil setelah pengumuman rasmi diumumkan.

Pastikan anda sentiasa peka dengan maklumat terbaru kemaskini secara manual ini.

Berikut adalah jadual pembukaan kaunter bagi urusan pengambilan dan penyerahan borang manual serta borang kemaskini maklumat waris.

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN MENGENAI BANTUAN SARA HIDUP 2020

Maklumat lanjut berkeanaan Bantuan Sara Hidup Rakyat boleh didapati di pautan FAQ di bawah atau hubungi:

  • FAQ Kemaskini Permohonan BSH 2020
  • Sekretariat BSH, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
  • Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
  • Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
  • E-mel Rasmi: bsh@treasury.gov.my
  • Portal Rasmi: https://bsh.hasil.gov.my
Tindakan ini hanya boleh dilakukan jika maklumat telah dihantar atau disimpan secara dalam talian. Jika tindakan telah diambil oleh cawangan, pemohon yang telah hantar permohonan tidak boleh mengemaskini permohonan. Hanya pemohon yang menyimpan permohonan boleh membuat kemaskini.

Untuk permohonan yang telah diambil tindakan cawangan, pemohon perlu hadir ke mana-mana cawangan LHDNM untuk kemaskini secara manual.